Friday, March 14, 2008

Kerusi Afrika (African Chair)

Bukti arkeologi terawal tentang alat duduk di Afrika adalah dari Igbo-Ukwa di Tenggara Nigeria. Pengesanan kayu daripada bangku-bangku ini menunjukkan radio karbon yang bertarikh abad ke-19. Sebilangan bangku batu telah pun muncul di Ife, Tenggara Nigeria walaupun tiada dalam konteks arkeologi. Kerusi-kerusi zaman klasik dipercayai telah diterbitkan antara abad ke-12 hingga ke-15 dan tiada bukti jelas yang menunjukkan alat duduk ini digabungkan dengan kepimpinan. Walaubagamanapun, bukti arkeologi yang lain membuktikan bahawa bangku ini mempunyai peranan yang penting dalam alat kebesaran kepimpinan.

Oleh kerana bangku Afrika lebih kepada keaslian dan pembangunan Afrika, maka terdapat pengaruh yang besar terhadap kerusi stail Afrika – Eropah. Orang Portugis telah memperkenalkan kerusi siku ( elbow chair) kepada Gold Coast pada awal tahun 1481. Bentuk kerusi ini dengan segeranya telah diiktiraf oleh orang Afrika sebagai simbol kuasa dan prestij. Maka, kesimpulannya muncullah penerangan awal tentang Afrika Barat yang mengandungi rujukan kepada kerusi Eropah. Kebanyakan kerusi Afrika berbeza dari segi kayu dan kulit.

Orang Afrika tidak mempertimbangkan kersui dan bangku bagi penggunaan biasa untuk duduk bersama keluarga dan kawan. Di Afrika, bangku dan kerusi dipertimbangkan sebagai objek personal tertinggi dan kebanyakan orang Afrika terkejut apabila kawan, saudara atau orang asing menggunakan kerusi sebagai alat duduk. Di kalangan orang Akan, bangku mempunyai peranan yang penting dan sifat yang suci. Orang Ashanti pula berpendapat bahawa bangku dipertimbangkan untuk personal yang tinggi dan dipercayai menempatkan roh pemilik. Apabila tidak digunakan, bangku akan dicondongkan ke tepi supaya tiada tenaga lain boleh menggunakannnya dan mencemarkan roh pemilik. Bangku seseorang ketua , mempunyai kepentingan tertentu sebab ia mengandungi roh keua dan dipertimbangkan sebagai Tuhan Raja. ( Divine King).

Kumpulan lain yang menyatakan maksud simbolik untuk alat duduk ialah orang Lega. Terdapat alat duduk kepunyaan Lega seperti bangku kaki tiga dan kaki empat yang tidak digabungkan dengan kepimpinan ataupun upacara amal. Bangku Lega dipanggil sebagai bangku Kisumbi yang juga merupakan bahagian yang perlu dalamm permulaan persatuan Bwami. Terdapat upacara yang dikenali sebagai upacara Kisumbi, di mana bangku dijadikan sebagai simbol sentral. Bangku Kisumbi dianugerahkan kepada lelaki apabila dia mencapai tangga kedua tertinggi dalam masyarakat Lega.

Kebanyakan babgku prestij di Afrika tidak semestinya digabungkan dengan upacara amal atau memberikan definisi peranan lelaki dalam masyarakat. Kebanyakan alat duduk menggambarkan moral dan nilai yang dipegang oleh ahlinya. Terdapat beberapa jenis bangku yang menggambarkan peranan wanita dalam masyarakat. Bangku Caryatid dirujuk sebagai bangku pembawa yang telah dijumpai di seluruh Tenggara Zaire, dan mempengaruhi Luba dan Hemba. Status tinggi wanita dalam masyarakat Luba telah digambarkan dalam bangku Caryatid. Kebanyakan bangku Caryatid menggambrakan wanita dan ibu sebagai lebih daripada pemberi hidup. Di setiap kampung, tempat duduk caryatid menunjukkan semua kuasa kembali kepada raja Luba dan menerusi beliau diberikan kepada wanita yang merupakan sumber hidup.



No comments: