Saturday, February 2, 2008

SEJARAH PEN

PEN

Mari kita beramai-ramai mengetahui tentang penghasilan sebuah pen.Pen (bahasa Latin penna, bulu pelepah) adalah alat menulis yang meletakkan dakwat pada permukaan, biasanya kertas. Pen boleh digunakan bersama pelbagai warna dakwat tetapi biasanya menggunakan dakwat dalam pelbagai kegelapan antara hitam, biru, merah, dan kadang-kala hijau. Ia kadang kala digunakan bagi judul, bulet (bullets) dan menombor.


ALAT TULIS SEHINGGA 6000 TAHUN



Sekitar 4000 BC
Manusia melakar permukaan papan tulis tanah liat yang lembut dengan gangsa atau tulang.

Sekitar 3000 BC
Orang Mesir telah membangunkan tulisan dengan gambar. Untuk menulis penyalin manuskrip, mereka menggunakan berus buluh yang nipis atau pen buluh.

1300 BC
Orang-orang Rome telah membangunkan batu tulisan yang mereka salin dalam kertas lilin yang nipis ( atas meja kayu ).
Mereka menggunakan jarum logam. Apabila mereka tidak memerlukan tulisan tersebut, mereka memadamkannya dengan rata menggunakan hujung jarum.
Di Asia, jarum logam digunakan untuk penyalinan.

Zaman Kegelapan ( Dark Ages )
Sebagaiman ditulis atas kertas kulit, Anglo-Saxons juga menggunakan buku yang diisi dengan lilin untuk nota dan bagi merancang aturan bahagian-bahagian buku besar.
Mereka menulis atas jadual dengan menggunakan sejenis jarum tulang atau logam, iaitu ianya mempunyai hujung yang tajam dan memadamkan perkataan dengan hujung yang rata.



600-1800 AD
Orang Eropah mendapati bahawa menulis atas kertas kulit dengan menggunakan pena bulu ayam telah mengubah gaya penulisan mereka.
Pada mulanya, mereka menggunakan huruf besar pada semua masa, tetapi kemudiannya mereka mengembangkan gaya lebih cepat dengan menggunakan huruf kecil.
Pena bulu ayam ( pertama kali muncul di Seville, Sepanyol ) merupakan alat tulis dari tahun 600 hingga 1800 AD.

1790-an
Pensel pertama telah dicipta di Perancis dan Australia tanpa bergantung kepada yang lain.

1800-1850
Pena logam yang tajam telah dipatenkan pada tahun 1803 tetapi patennya tidak dieksploitasi secara komersialnya.
Pada tahun 1830-an, mata pena keluli sudah biasa digunakan.
Pada abad ke-19, mata pena logam menggantikan pena bulu ayam.
Pada 1850, penggunaan pena bulu ayam beransur kurang dan kualiti mata pena keluli telah dipertingkatkan dengan aloi keras Iridium, Rhodium dan Osmium.

1884
Lewis Edson Waterman, broker insurans telah mencipta pena pertama yang bentuknya boleh diisi dengan dakwat (pena dakwat).

1888-1916
Dasar pena mata bola sebenarnya ditemukan sejak akhir abad ke-19 apabila patennya diambil alih oleh John Loud pada tahun 1888 untuk sebuah produk bagi menandakan bahannya diperbuat daripada kulit binatang dan dalam tahun 1916 oleh Van Vechten Riesberg.
Walaubagimanapun, tiada paten mereka dieksploitasi secara komersialnya.


1940-an
Versi moden pena mata bola telah dicipta oleh Josef ( Lazlo ) dan George Biro.
Pada musim panas 1943, model komersial pertama telah dibuat. Hakmilik untuk paten Lazlo telah dibeli oleh Kerajaan British.
Pena mata bola lebih kasar berbanding dengan pena dakwat yang kemungkinannya kenapa jualan melambung ketika Perang Dunia II apabila tentera memerlukan alat tulis yang tegap untuk terus hidup di persekitaran medan pertempuran.

Oktober 1945

Pena mata bola telah diperkenalkan di pasaran Amerika.
Pena ini telah dijual sebagai ‘pena pertama yang boleh ditulis di bawah permukaan air’. Sebanyak 10000 pena telah dijual pada majlis perasmian di New Cork pada 29 Oktober 1945.

1953
Pena mata bola murah yang pertama boleh didapati apabila French Baron, Bich telah mengembangkan proses indutri untuk mengeluarkan pena mata bola yang kos untinya rendah.

1960-an
Ianya telah mencipta pena gentian atau pena ‘felt-tip’ ( Syarikat Alat Tulis Tokio, Japan).
Pena Papermate Flair hádala pena ‘felt-tip’ yang pertama melambung naik di pasaran Amerika pada tahun 1960-an dan masih kekal sehingga kini.
Diikuti dengan kejayaan pertama dengan ‘felt-tip’, pengeluar telah membuka cabang dengan alat gentian termasuk penanda berwarna ( highlighter ) popular yang baru.

1980-an -1990-an
Pengenalan pena bola ‘roller’ telah dibuat pada awal tahun 1980-an.
Tidak seperti dakwat pekat yang digunakan dalam mata bola biasa, pena bola ‘roller’ menggunakan bola yang bergerak dan dakwat cecair untuk mengeluarkan garis yang licin.
Pencapaian teknologi yang maju ketika akhir tahun 1980-an dan awal 1990-an telah meningkatkan persembahan keseluruhan bola ‘roller’ ini.


1990-an
Alat tulis yang dilapik dengan getah biasanya digunakan oleh syarikat-syarikat untuk mengurangkan genggaman.

Daripada 1997
Pengeluaran pena cincin ( Ring Pen) secara besar-besaran dibuat oleh Syarikat GRANDEE.
Pena ini telah dibentuk untuk menulis tanpa menggenggam pen dengan 3 jari.


Pena – Cincin. Pena pertama dalam sejarah 6000 tahun, yang tidak memerlukan untuk menggenggam
Tiada genggam. Tiada sakit.

No comments: